8 SEBAB KENAPA PERLU MENGUSAHA CENDAWAN
Tahukah anda bahawa cendawan adalah antara komoditi yang mendapat
permintaan yang tinggi .
Berdasar pengalaman saya selama mengusaha perusahaan cendawan ini
permintaan kian meningkat dari satu masa ke satu masa .
Sebelum memulakan perusahaan ini saya agak muskil dengan
perusahaan cendawan ini khuathir tidak mendapat sambutan yang hangat . Ternyata
fikiran ini adalah salah sama sekali , boleh dikatakan pendapatan yang dapat
tiap bulan sedikit sebanyak membantu pembelajaan seharian saya .
Disini saya ingin tekan bahawa mengusaha cendawan ini
bukanlah ala-ala skim cepat kaya , senang buat duit atau tanam dan jual sahaja hal
ni kerana pelbagai aspek yang perlu diambil kira sebelum mendapat manfaat
pengusahaan cendawan ini .
Disini saya akan kongsikan kepada para pembaca mengapa anda boleh
menjana pendapatan yang baik dengan cendawan.
SEBAB KENAPA PERLU MENGUSAHA CENDAWAN...
_____________________________________________________
1.PERMINTAAN CENDAWAN SEGAR TINGGI
Cendawan yang segar mendapat permintaan yang tinggi . Disebabkan
cendawan tiram kelabu ini cepat rosak maka cendawan ini tidak digemari diimport
dari luar malah menyarankan para pengusaha untuk mengnawarkan cendawan segar .
Dijadikan cerita pengusahaan saya sendiri tidak mampu menampung
permintaan cendawan segar . Permintaan yang sangat tinggi apabila
dekat perayaan dan awal dan akhir bulan sewaktu terima gaji . Meskipun ditempat
saya sudah ada beberapa pengusahaan cendawan namun permintaan tetap ada dan konsistan
. Oleh itu amat digalakkan untuk melabur dalam industri cendawan .
2.MODAL YANG KECIL DAN PULANGAN YANG LUMAYAN
Modal untuk mengusahakan cendawan ini tidak menelan belanja yang
besar . Hal ini kerana pengusaha boleh mengunakan material terbuang atau
mengunakan material yang murah untuk test market terlebih dahulu . Rata-rata
untuk memulakan pengusahaan bajet bawah 20-30k sudah boleh memulakan perusahaan secara
kecil-kecil .
3.TIDAK MEMERLUKAN RUANG YANG BESAR
Perusahaan cendawan ini tidak memerlukan ruang yang besar hal ini
kerana pengusaha akan membuat rak untuk tempat meletak bongkah cendawan .
Lantas dengan mengunakan kaedah rak ini menjimat dan
mengmaksimakan pengunaan ruang . 2 parking kereta sahaja boleh memuatkan
sehingga 1 000 bongkah cendawan ( bergantung dengan saiz bongkah cendawan dan
jumlah tingkat rak ) .
4.TIDAK MENGUNAKAN TEKNOLOGI YANG KOMPLEK
Mengunakkan teknologi moden adalah satu bonus kepada perusahaan
cendawan namun teknologi rendah juga mampu menjana pendapatan
yang lumayan .
Aliran kerja dari kompos cendawan hinggalah ke menuai
cendawan hanya mengunakan peralatan yang mudah dan senang didapati dari kedai
hardware berdekatan . Sebagai contoh mencampur kompos cendawan hanya memerlukan
bebrapa tenaga manusia , skup , cangkul , air dan beberapa peralatan asas .
5.MENGUNAKAN BAHAN TERBUANG
Salah satu kebaikan dan kecantikan mengusahakan
cendawan adalah pengusaha mengunakan bahan terbuang . Bahan-bahan terbuang ini
mudah diperolehi lantas kesinambungan pengusahaan cendawan tidak putus . Bahan
terbuang seperti habuk kayu dan serkam padi antara perkara asas yang amat
penting untuk perusahaan cendawan .
6.TIADA PENGUNAAN RACUN [100% ORGANIK]
Pengunaan racun tidak digalakkan sama sekali untuk penanam cendawan
. Cendawan amat terkenal dengan sifatnya yang peka dengan keadaan sekeliling
malah menyerap aroma kawasan tersebut . Oleh itu pengusahaan cendawan hanya
mengunakan peralatan mudah dan SOP tanpa pengunaan racun bagi menanggani
mahluk perosak dan jangkitan .
7.PRODUK HILIRAN CENDAWAN BERPONTENSI BESAR
Produk hiliran cendawan tempatan belum lagi menyerlah seperti
dinegara Indonesia dan Filipina . Antara produk hiliran cendawan adalah seperti
sabun cendawan , keropok cendawan , burger cendawan , mee cendawan dan mushroom
kits cendawan . Saya dapati kenapa produk-produk ini gagal diketengahkan adalah
berpunca pengusaha cendawan yang masih sedikit oleh itu produk-produk hiliran
gagal ditonjolkan .
8.BANTUAN DARI KERAJAAN
Perusahaan cendawan ini juga mendapat perhatian dari pihak
kerajaan . Salah seorang pengusaha BB Mushroom Company di Sibu mendapat bantuan
daripada jabatan Pertanian Sarawak untuk mengurus pengusahaan cendawan beliau .
Dengan bantuan dari kerajaan ini maka semakin rancak perusahaan cendawan .
Saya berharap setelah membaca artikel saya ini , mungkin terbuka
minda untuk mengusaha cendawan ini .Begitu banyak potensi pengusahaan cendawan
ini dari penjualan cendawan segar , latihan dan produk hiliran amatlah
menguntungkan .
Namun kena diingatkan bahawa pengusahaan cendawan ini ada
downsidenya . Untuk artikel seterusnya saya akan kongsi kepada pembaca perkara
pahit mengusaha perusahaan cendawan ini .
Jika anda menghargai artikel ini , sila like dan share artikel ini
.

No comments: