Header Ads

banner image
Breaking News
recent

KENAPA ASYIK GAGAL DALAM FOREX ?



Forex mempunyai urusan niaga bernilai  trillion dalam satu-satu masa . Hal ini kerana urus niaga ini dilakukan oleh big player seperti bank-bank dunia .

Market forex amat bervotaliti tinggi dan ini meyebabkan ROI sangat cepat  . Lantas  votaliti tinggi ini menarik para-para trader untuk melabur dalam market forex .

Dan sering kali di internet juga kita disajikan dengan cerita kejayaan menjana pendapatan dengan forex malah melabelkan forex sangat mudah .

Namun dengan pelbagai buku , kelas , webinar , bengkel dan apa jua jenis tutorial forex masih jua ada trader kehilangan duit dan harus diingat juga bahawa 99% trader hilang duit dalam market forex .

Oleh itu mari lihat kenapa

KENAPA ASYIK GAGAL DALAM FOREX ?



SENANTIASA MENCARI  TEKNIK HOLY GRAIL
Bagi trader yang asyik kehilangan duit dan kaki depo jenis trader ini akan senantiasa beralih dari satu teknik ke satu teknik . Faktor trader melakukan perkara beginilah kerana sifat dendam setelah kehilangan sejumlah duit dan percaya bahawa teknik baharu dijumpai bakal mengembalikan duit yang telah hilang .
 Kitaran senantiasa mencari teknik holy grail akan menyebabkan kelompok trader seperti ini akan senantiasa kehilangan duit dalam jangka panjang .Tiada teknik holy grail didalam dunia forex ini, tetapi ada teknik yang boleh membantu mencapai keuntungan releven secara konsistan.

SIFAT TAMAK
Sifat tamak memang tidak lari dari manusia .Pernah dengar  “Orang Tamak Selalu Rugi “ memang benar dalam dunia forex ini sesiapa yang tamak memang akan menjadi makan market forex . Sebagai contoh sesetengah strategi forex tidak kesah lah scalper ke , swing trader keatau intraday day trader masing-masing ada tempoh untungnya .
Dan ketika teknik tengah hot membuahkan hasil trader lupa rule dan merasakan diri sudah berjaya menjinak market kemudian menaikkan jumlah lot atau tukar leverage supaya dapat untung lagi besar , diakhirkan cerita apabila market beralih arah maka berlakulah kerugian . Trader harus mempunyai metaliti yang kuat dalam dunia forex .


TARGET TIDAK REALISTIK
Sepanjang perjalanan sebagai trader juga saya perasan bahawa ada trader deposit 100 usd dan berharap menjadi jutawan  . Tambahan Kekadang trader gemar untuk meletakkan target yang tidak realistik sebagai contoh seminggu 10% atau dalam 2 bulan telah pulang modal. 
Target-target yang tidak realistic ini akan menjadi beban kepada trader lantas trader sebegini cenderung menjadi perjudi dan bukan pelabur .Sewajarnya jika profit antara 2-5% sebulan konsistan sudah meletakkan seseorang itu trader yang baik .

"TRADING PLAN " TIDAK DIENDAH
Ada trader telah berhabis wang , tenaga dan masa terhadap bahan tutorial forex samada buku , webinar , video malah bengkel  malangnya masih gagal untuk mempratikkan ilmu yang diajar . Peraturan-peraturan do and don’t , bila nak trader , apa signal dan bagaimana nak trade telah diajar berdasarkan teknik-teknik trader masing-masing .
 Namun kemudian hari akibat tiada displin satu per satu pertua dilanggar tidak kisah apa jua sebab dan akhirnya duit habis dan baru nak cakap “kalaulah saya ikut rule hari itu” . Oleh itu jangan dipandang rendah dangan do and don’t , bila nak masuk market , pair ape nak diurus , berapa jumlah per trade risk perlulah diikut dengan baik kerana kualiti-kualiti akan membawa trader pergi jauh .

PERMIKIRAN YANG SALAH
Berfikir bahawa forex ini boleh cepat kaya dan kerja amat mudah untuk menjana pendapatan yelah hanya di hujung jari . Ternyata dunia forex ini seperti perkerjaan lain memerlukan kemahiran dan kemahiran ini perlu diasah sepanjang masa untuk mencapai kualiti tertentu . 
Antara kemahiran diperlukan untuk menjadi trader berkualiti adalah perlu mengetahui pengurusan wang , pengurusan risiko , ketahui jenis strategi yang sesuai bagi diri masing-masing , seorang trader menyimpan rekod trade dengan baik , ketahui ciri-ciri pair forex dan banyak . Dengan ilmu yang betul akan membawa trader kearah pemikiran yang betul sebagai seorang trader yang ideal .

Kena diingatkan bahawa dunia forex amat berisiko tinggi dan jika anda ingin jua berlabur dalam dunia forex ini pastikan  anda memiliki ilmu yang baik serta mengunakan wang yang anda sanggup rugi .


No comments:

Powered by Blogger.